Thursday, October 15, 2009

15 October 2009

Umar aku lahirkan pada 15/10/2009 tanpa setitis darah melekat di badannya. Yang aku nampak adalah tubuhnya yang putih bersih dan nurse sangat senang memandikan Umar dan Umar langsung tidak menangis sehinggalah dicubit oleh Nurse semasa memandikannya. Umar dilahirkan setelah 8 jam pertarungan aku menahan kesakitan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Mujurlah suami berada di sisi memberikan aku semangat dan sokongan padu kepadaku. Apabila melihat Umar lahir, segala kesakitan itu seolah-olah hilang dan aku menjadi sangat bersemangat untuk cepat-cepat sihat.

Aku bersyukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaanNya yang tidak ternilai buatku. Aku merasa sangat bahagia dan bertuah kerana kini aku bergelar seorang Ibu.. Umar anakku, jadilah kau seorang anak yang soleh, taat pada Ibu bapamu dan titipkan hanya nilai-nilai murni dalam dirimu serta jadilah kau seorang hamba yang taat pada agama dan meninggalkan larangan-Nya.. Amin..













No comments:

Post a Comment