Monday, May 2, 2011

668 Sir Family Day - 30 April 2011

Pada 30 April 2011 yang lalu, kami keluar rumah seawal jam 8.00 pagi bagi menghadiri Hari Keluarga bagi Unit 668 SIR. 668 SIR adalah Unit Hubby dan mungkin tahun ini adalah tahun terakhir Hubby berkhidmat sebagai askar kerahan. Aku tahu Hubby juga sangat berharap agar penderitaan ini berakhir. Hehe.. Penderitaan? Sebenarnya sejujurnya Hubby tidak sabar-sabar untuk ditamatkan daripada menjadi askar lagi. Semestinya berada di rumah lagi menyeronokkan dari berada di army camp dan hutan. Apatah lagi dikerah membuat bermacam-macam kerja dan dikerah untuk berlatih bersungguh hati bagi membuat persediaan untuk mempertahankan negara. Bagaimana ingin menjadi ikhlas bila hati lebih cintakan Malaysia? hehehe.. Faham-faham jerlah.

Hubby tiada selama 2 minggu bermula 25 April 2011 - 6 Mei 2011 dan sepanjang 2 minggu menghadiri latihan army di Clementi Camp. Tetapi berkesempatan untuk pulang ke rumah pada malam 29 April 2011 dan pulang semula ke Camp sebelum jam 6.30 pagi 2 Mei 2011. 

Berbalik pada cerita Hari Keluarga 668 SIR. Memandangkan ini kali pertama aku menghadiri Hari Keluarga anjuran Army lalu kami excited lah juga. Hari Keluarga ini diadakan di Singapore Discovery Centre (SDC) dan Army Museum. Ini kali pertama aku dan Umar menjejakkan kaki ke SDC. Sampai sahaja di SDC, hujan sudah mula turun. Nasib baik Ibu ada membawa baju sejuk Umar. Jadi Umar dipakaikan baju sejuk sepanjang masa dan Ibu terpaksa menahan kesejukan. 

Kelihatan kawan-kawan Hubby sangat peramah dan bergilir-gilir mendukung Umar. Mereka pertama kali melihat dan berjumpa aku dan Umar. Lalu Hubby memperkenalkan aku dan Umar kepada kawan-kawannya. Mereka baik-baik dan peramah tetapi aku tidak banyak bercakap. Lebih banyak tersenyum. Maklumlah, aku kan perempuan. Tidak manis pula hendak beramah mesra dengan kawan-kawan Hubby yang kesemuanya lelaki. Tidak ramai pun yang membawa family. Lebih ramai yang datang bersendirian. 

Adapun yang membawa family, tidak sanggup pula aku melihat cara mereka berpakaian. Masih ada yang berpakaian sopan tetapi lebih ramai yang memakai baju yang mendedahkan dada sepenuhnya dan mendedahkan kaki sehingga ke peha, malahan ada juga yang bertatoo dan pasti sahaja mereka adalah Melayu Islam. Malu pula melihat cara mereka berpakaian sebegitu. Malahan di depan anak-anak pula.
Semoga dijauhkan dari aku dan keturunanku memakai pakaian sebegitu.

Kami disambut dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua army yang aku tidak pula tahu apa pangkatnya. Kemudian acara pertama adalah melawat SDC dan Army Museum. Kami diberikan goodies bag yang berisi bermacam-macam makanan dan diberikan satu passport setiap seorang yang mana passport tersebut perlu dicop di setiap checkpoint seperti yang terdapat di dalam sekeping kertas berupa arahan. Kami perlu mengumpul 6 stamps kesemuanya dan sekiranya berjaya mengumpul 6 stamps di setiap checkpoint, kami akan menerima cenderahati.

Sambil-sambil melawat, aku excited la juga untuk mengumpul kesemua 6 cop di passport kami kerana memikirkan cenderahati yang bakal kami dapat nanti. Umar lah yang paling seronok. Berlari ke sana ke mari dan tatkala melihat sesuatu yang pelik-pelik, cepat-cepat meminta aku atau Hubby mendukung kerana takut. 

Terdapat sebuah patung yang boleh bercakap. Umar sangat takut dengan patung tersebut. Apabila aku membawanya mendekati patung tersebut. Menangis Umar ketakutan. Patung tersebut hanya pandai berbahasa inggeris. Soalan yang aku tanyakan pada patung tersebut :-

Aku : Hi John, how are u?
John: I'm fine. TQ
Aku: Have u taken your breakfast?
John: Yes, I do.
Aku: What's your breakfast for today?
John: I'm eat battery.
Aku: John, are u singaporean?
John: I am ROBOT. hehehehe soalan yang terakhir ini mengundang tawa semua orang.

Secara keseluruhan, menarik la juga SDC dan Army Museum tetapi cukuplah untuk sekali datang ke sini kerana sedikit memboringkan sekiranya ingin datang buat kali kedua. Tetapi sangat sesuai untuk membawa anak-anak melihat-lihat suasana dan sejarah-sejarah di sini. Malahan apa yang aku lihat di sini adalah apa yang tidak pernah aku lihat sebelum ni. Memang benar-benar pengalaman baru buat aku dan Umar. Paling seronok Umar bermain di atas sebuah cermin kaca yang bergambar. Seolah-olah Umar berada di atas air tetapi sebenarnya berada di atas kaca yang mengeluarkan gambar-gambar air dan bermacam-macam gambar lagi. Umar berdiri lama di atas kaca tersebut kerana kepelikan. Kelihatan budak-budak lain seronok berlari-lari mengikut apa yang diarahkan di atas kaca tersebut. 

Selesai membuat lawatan, kami diberikan makan tengahari. Makan tengahari yang disediakan agak menarik dan sedap. Hujan masih lagi turun. Selesai makan, aku bergegas mendapatkan cenderahati yang dijanjikan. Sangat mengecewakan apabila hanya mendapat kapal terbang mainan namun tetap jua aku ikhlaskan diri mengucap terima kasih. Hehe tidaklah mengharapkan sesuatu yang mahal tetapi kapal terbang kertas mainan itu sangat senang dikoyak-koyak oleh Umar.

Perjalanan pulang ke rumah menjadi sangat lama kerana jalan sesak teruk. Masakan tidak, esoknya pada 1 Mei 2011 merupakan Hari Buruh dan hari Isnin akan menjadi Hari cuti umum. Lalu semua orang pasti ingin keluar dari kota kecil itu dan pergi bercuti ke mana-mana. Kelihatan Hubby dan Umar nyenyak tidur di dalam kereta sampai berdengkur. Aku seorang menahan mata menghadap jalan sesak itu. Hampir 2 jam. Sabar ajalah.


 
Kami baru sampai dan terus mencari tempat duduk.
668 SIR Family Day
30-April-2011
Singapore Discovery Centre, Singapore
Umar dipimpin oleh abang-abang Askar
Di antara ribuan mereka berbaju hijau bercorak-corak, 
kelihatan si kecil berbaju merah yang menjadi perhatian ramai orang.
Umar dan Ayah. Tangan ayah tu sebenarnya tengah buat konon-konon menembak.
Jangan fikir bukan-bukan yer.
Kami sekeluarga.
Inilah robot yang Umar takut.
Umar tak nak jalan sendiri kerana takut dengan robot.
Umar.. the sniper.
Video menayangkan cerita-cerita di sebalik peperangan.
Umar in Old Navy red sweater.
Umar menonton tayangan video perang.
Masih asyik menonton.
Inilah kaca yang mengeluarkan bermacam-macam gambar.



Kanak-kanak ini sedang berlari. Apabila dipijak pada kaca, 
sekuntum bunga akan keluar pada setiap kali permukaan kaca itu dipijak.
Umar mengintai Robot dari tingkat atas.

Tidak mahu berganjak dari sini kerana asyik mengintai robot yang bernama John.


Terpaksa didukung untuk dibawa berjalan ke tempat lain pula. Mata Umar masih melihat robot.
Umar yang ditinggalkan kerana masih tidak mahu bergerak dari tempat itu.
Kali ini Umar sudah berani berjalan-jalan di atas permukaan kaca bergambar.
Umar dan ayah berlari-lari anak untuk turun ke tingkat bawah.
Umar ingin berjalan sendiri. Tidak mahu didukung.
Masih berjalan tanpa kenal erti penat.
Sudah pun sampai ke tingkat bawah.
Cubaan memanjat.
Nasib sahaja tidak tinggi.
Berada di depan galeri lukisan.
Menonton movie dengan bayaran $10

Terdapat tasik yang besar di luar SDC.




Comel sangat dengan gaya macam tu dan biskut melekat di mulut.

Perjalanan balik semula ke tempat berkumpul tadi untuk mengambil makanan.



Tengah menunggu makanan.


 Inilah passport yang diberikan untuk dicop dengan 6 stamps.
6 stamps berjaya dicop.
Berjalan ke arah kereta. Dah nak balik dah. Bye bye SDC.